**Untuk menggunakan link [magnet](https://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_URI_scheme) di dalam panduan ini, anda perlukan klien torrent seperti [Deluge](http://dev.deluge-torrent.org/wiki/Download)**
[**Homebrew**](https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_homebrew_video_games) biasanya dikenali sebagai perisian yang tidak disahkan oleh Nintendo. Ianya memberi anda kelebihan untuk menjalankan homebrew games, alat-alat seperti mengubah saves dan simpanananya, dan emulator untuk sistem yang dahulu.
Dalam kebanyakkan kes, menggunakan homebrew pada konsol anda adalah 100% percuma dengan menggunakan [Nintendo 3DS Sound app](homebrew-launcher-(soundhax)) (Jika anda berada di >=11.3.0, anda tidak boleh meneruskan pelepasan homebrew). Terdapat juga pelbagai cara exploitasi di dalam game dan browser untuk mendapatkan homebrew.
**Custom Firmware** ("CFW") membolehkan anda lebih mengubah suai dimana homebrew tidak boleh lakukan. Sebagai contoh, signature patches membolehkan anda untuk memamasang unsigned titles yang keluar pada kanan Menu HOME anda.
Panduan ini mempunyai matlamat akhir untuk sepenuhnya mengubah 3DS asal daripada stock
firmware ke arm9loaderhax yang dikuasai oleh Custom Firmware. Dalam sesetengah versi, homebrew sahaja sudah mencukupi, tetapi Custom Firmware masih matlamatnya.
Arm9loaderhax adalah yang terbaru dan cara terbaik untuk melancarkan Custom Firmware dan memberikan kita hampir penuh mengawal sistem ketika beberapa saat kedalam boot, ianya menyerupai sama seperti BootMii untuk Wii.
Terdapat banyak kelebihan arm9loaderhax berdasarkan cara pelancaran Custom Firmware yang lain, oleh itu sangat disyorkan untuk menggunakan panduan ini daripada perisan lain yang sudah tidak dikemaskini (seperti menuhax atau rxTools).
+ Gunakan "ROM hacks" untuk games yang anda miliki
+ Ambil screenshot games dan aplikasi
+ [Simpanan, ubah, and pemulihan](https://gbatemp.net/threads/release-jks-savemanager-homebrew-cia-save-manager.413143/) saves untuk pelbagai games
+ Main permainan untuk sistem terdahulu dengan pelbagai emulators, menggunakan RetroArch atau lain-lain emulator. (Terbaik digunakan untuk New Nintendo 3DS)
+ Pasang homebrew titles kedalam sistem anda, dan membolehkan mereka muncul di HOME Menu
+ Tukarkan kad game anda kepada format yang boleh dipasang, dan anda boleh mainnya tanpa memerlukan kad
+ New 3DS sahaja: stream live games anda terus ke PC tanpa wayar dengan NTR CFW
+ Jalankan banyak Nintendo DS flash carts yang sudah dihalang sebelum ini atau tidak berfungsi pada Nintendo 3DS
+ Mengemaskini dengan selamt ke versi terbaru sistem tanpa rasa takut kehilangan akses kepada homebrew
## Apa yang saya perlu tahu sebelum bermula?
+ ** Sebelum memulakan panduan, anda mesti tahu risiko-risiko ubahsuai 3DS: SETIAP kali anda mengubah suai sistem anda, sentiasa ada potensi untuk brick yang tidak dapat DIPULIHKAN. Mereka jarang berlaku, tetapi masih berkemungkinan, jadi pastikan anda ikut SEMUA arahan DENGAN TEPAT.* *
+ Jika anda sudah ubahsuai 3DS anda sebelum ini untuk mendapatkan pemasangan EmuNAND, dan ingin memindahkan kandungan EmuNAND sebelum ini ke SysNAND CFW baru, anda perlu ikuti semua arahan dan ambil semula EmuNAND sedia ada anda apabila ditanya sebaik sahaja anda sampai ke [memasang arm9loaderhax](installing-arm9loaderhax).
+ Panduan ini boleh digunakan pada New 3DS, Old 3DS dan 2DS di semua kawasan pada firmware 11.2.0 atau bawah *(kecuali CHN / TWN) *.
+ Jika segala-galanya mengikut perancangan, anda tidak akan kehilangan sebarang data dan akhirnya masih yang sama (games, NNID, saves, dan sebagainya akan dikekalkan).
+ ** Pastikan peranti dicucuk dan dicaskan sepanjang proses ini untuk mengelakkan kehilangan data atau kerosakan akibat peranti mati tanpa dijangka! **
+ Kad SD anda patut berada pada [MBR, bukan GPT](http://www.howtogeek.com/245610/) (kebiasaannya kad SD yang datang bersama peranti berada pada MBR).
+ jika anda ingin format kad SD yang baru, sila gunakan [`guiformat`](http://www.ridgecrop.demon.co.uk/index.htm?guiformat.htm) dan set Allocation Unit Size ke 32K.
+ 2DS pada asasnya sama dengan Old 3DS didalam terma perisiannya, dan mana-mana langkah yang mengatakan "Old 3DS" juga boleh digunakan pada 2DS.