Ini adalah bahagian tambahan untuk menukar kawasan arm9loaderhax CFW SysNAND anda. Ianya boleh dilakukan dengan memasang 9.2.0 ctrtransfer image untuk kawasan yang anda inginkan dan menukar fail SecureInfo_A.
**Penukaran kawasan mungkin tidak perlu memandangkan Luma3DS menyokong games luar dari kawasan dan individu [emulasi kawasan](https://github.com/AuroraWright/Luma3DS/wiki/Options-and-usage).**
Proses ini juga akan memisahkan NNID anda dari sistem, memandangkan ianya tidak lagi serasi denganya. NNID dikunci bersama dengan kawasan peranti yang menciptanya, dan tidak boleh dipindahkan antara kawasan tanpa [proses yang rumit dan lebih maju](https://gist.githubusercontent.com/yifanlu/e80db121d38aceb8cca0e03cefd5853b/raw/3c4dd89869156ca0f945a2791e699acfdb32b510/gistfile1.txt).
Selepas proses ini, hanya **New 3DS yang tidak pernah menggunakan eShop sebelum ini** dan **mana-mana Old 3DS** akan dapat menggunakan eShop selepas mencipta NNID baru mengikut kawasan baru mereka. Penukaran kawasan New 3DS yang sudah menggunakan eShop mereka pada kawasan asal tidak boleh mencipta NNID baru dan penggunaan eShop pada kawasan yang baru!
Perhatian bahawa kadang-kala eShop akan tidak berfungsi untuk peranti yang ia boleh gunakan. Ini semua bergantung pada server Nintendo, dan saya tiada kuasa untuk mengawalnya.
Sama seperti amaran diatas, kadang kala eShop tidak akan berfungsi untuk peranti yang tidak sepatutnya ada (untuk sesetengah New 3DS). Penyebab ini masih lagi tidak diketahui.
Penukaran kawasan menggunakan ctrtransfer (dimana cara ini gunakan) menunjukkan memberi kesan reboot patch untuk rosak. Puncanya masih tidak diketahui, tetapi untuk sekarang pengguna Old 3DS akan tidak boleh bermain game extended memory mode (seperti Monster Hunter, Super Smash Bros, and Pokémon Sun / Moon) sehingga mereka format perantinya ( butirannya diakhir halaman ini).
**Sesetengah peranti mempunyai `SecureInfo_B` dan bukannya `SecureInfo_A`; ini dibolehkan dan anda patut menggunakan `SecureInfo_B` untuk langkah yang berkaitan.**
1. Salin `GodMode9.bin` dari GodMode9 `.zip` letakkan di folder `/luma/payloads/` pada kad SD anda dan tukar nama `GodMode9.bin` kepada `up_GodMode9.bin`
2. Salin `Decrypt9WIP.bin` letakkan ke dalam folder `/luma/payloads/` pada kad SD dan tukar nama `Decrypt9WIP.bin` kepada `x_Decrypt9WIP.bin`
3. Salin 9.2.0 ctrtransfer image `.bin` dan `.bin.sha` daripada ctrtransfer `.zip` letakkan ke dalam folder`/files9/` didalam kad SD anda
1. Pergi ke "SysNAND Options", kemudian "CTRNAND Transfer", kemudian "Auto CTRNAND Transfer"
2. Pilih 9.2.0 ctrtransfer image apabila ditanya dengan menekan (A)
3. Jika anda tidak mempunyai simpanan NAND, **Simpan SysNAND ke `NANDmin.bin` apabila ditanya dengan menekan (A)**
4. Proses pemindahan akan berlaku secara automatik, ianya akan mengambil sedikit masa
5. Sebaik sahaja pemindahan selesai, tekan (Select) untuk keluarkan kad SD anda
6. Masukkan kad SD anda ke dalam komputer, kemudian Salin 'NANDmin.bin' dan 'NANDmin.bin.sha' dari folder '/ files9 /' pada kad SD anda ke tempat yang selamat
+ Letak simpanan ini di beberapa lokasi
+ Simpanan ini akan menyelamatkan anda daripada brick andai perkara tidak elok berlaku kelak
7. Buang 9.2.0 ctrtransfer image `.bin` dan `.bin.sha` dari folder`/files9/` di kad SD anda selepas menyalinnya
16. Tekan (B) keluar dari edit mode, kemudian save changes, kemudian tekan (B) sekali lagi untuk kembali ke direktori
17. Anda patut nampak kedua `SecureInfo_A` dan `SecureInfo_C` jika semuanya dilakukan dengan betul. (`SecureInfo_C` digunakan sebagai `SecureInfo_A` apabila menggunakan Luma3DS jika ia mengesan fail ketika boot)
1. Pergi ke ""SysNAND Backup/Restore", kemudian pilih pilihan "Health&Safety Dump" untuk memindah Health & Safety ke `hs.app` **(anda boleh menggunakan ke atas dan bawah / kiri dan kanan untuk menukar nama)**
+ Jila fail ini sudah wujud, anda boleh melangkah Health and Safety dump
2. Tekan (B), kemudian pilih pilihan "Health&Safety Inject"
3. Masukkan key combo yang diberikan
4. Pilih suntikan FBI `.app` untuk kawasan peranti anda
7. Jika anda masih menggunakan Health & Safety app yang asal dan sudah menurunkan menggunakan Gateway dahulu, [Ikut panduan penyelesaian ini](troubleshooting#gw_fbi)
Old 3DS / 2DS mungkin perlu di format (menggunakan TinyFormat atau dari System Settings) untuk bermain extended memory mode games (seperti Monster Hunter, Super Smash Bros, or Pokemon Sun/Moon).